Ratusan keluarga hilang tempat tinggal kebakaran besar di kawasan penduduk padat

SATU kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perumahan yang padat penduduk di Kemayoran, Jakarta Pusat malam tadi.

Menurut pihak berkuasa, kejadian menyebabkan tiga penduduk cedera dan memaksa ratusan keluarga meninggalkan kediaman mereka.

KESAN kebakaran melibatkan penempatan penduduk di kawasan padat di Kemayoran di Jakarta Pusat malam tadi

Selepas beberapa jam operasi pemadaman dijalankan, kebakaran itu berjaya dikawal kira-kira 11.30 malam.

Operasi selesai sepenuhnya pada 4.15 pagi ini.

Kebakaran itu menyebabkan 330 isi rumah, atau kira-kira 620 orang, kehilangan tempat tinggal dan terpaksa meninggalkan rumah mereka.

Agensi Bomba dan Penyelamat Jakarta berkata, ia menerima laporan awal pada jam 8.55 malam dan segera menghantar anggota bomba ke tempat kejadian.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img