Briged Tenggara PGA tumpaskan kegiatan seludup petrol ke Thailand

BRIGED Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kegiatan penyeludupan petrol didalangi lelaki warga Thailand sejak tiga tahun lalu selepas menahan empat lelaki, hari ini.

Dalam serbuan jam 10.37 pagi itu, kesemua suspek termasuk tiga warga tempatan ditahan di Pangkalan Haram Tualang, Pengkalan Kubor di Tumpat sewaktu sedang memindahkan petrol dari kenderaan.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, pasukannya membuat pemerhatian selama 30 minit terlebih dahulu di hadapan stor di pangkalan haram terbabit.

“Tidak lama kemudian dua kenderaan masuk ke dalam stor dan ketika serbuan, kelihatan dua lelaki sedang menyedut petrol dari tangki kenderaan ke dalam tong plastik.

“Seorang lelaki pula berada di meja sebelah kanan stor dan seorang lagi memunggah tong plastik ke dalam perahu di tebing Sungai Golok.

“Dalam serbuan itu pasukan operasi merampas hos getah, pam angin, 140 liter petrol dan wang tunai berjumlah RM4,800 dipercayai hasil jual beli petrol, selain dua kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Radzi berkata, dua lelaki tempatan berusia 32 dan 55 tahun dipercayai bertanggungjawab membeli petrol dari stesen minyak berdekatan sebelum menjualnya di stor berkenaan kepada lelaki Thailand untuk diseludup melalui Sungai Golok.

Katanya lagi, stor itu disewa pada kadar RM700 sebulan dan dijaga oleh lelaki tempatan yang berusia 34 tahun dengan upah RM50 sehari.

Menurutnya, petrol berkenaan diambil daripada stesen minyak di Kampung Telaga Lanas, Pengkalan Kubor dengan kekerapan tiga kali sehari dan keuntungan diperoleh sekitar RM9 bagi setiap tong yang diisi.

“Lelaki warga Thailand yang berusia 58 tahun itu disyaki sudah terbabit dengan penyeludupan petrol sejak tiga tahun lalu, yang mana dia membeli petrol pada harga RM4.40 per liter bersamaan RM131 bagi setiap tong berisi 30 liter.

“Dia kemudian sebelum menjualnya di Thailand pada harga RM134. Sehari dia mampu membeli serta menjual sebanyak 60 tong,” katanya memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img