Tak perlu berdendam hingga liang kubur – Tuan Ibrahim

PAS hari ini secara tegas menolak desakan supaya parti itu mengambil tindakan ke atas Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari yang didakwa membuat kenyataan berkaitan isu dalaman Perikatan Nasional (PN).

Pada masa sama,Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man juga menegaskan, Pas mempunyai hak mutlak untuk meletakkan sesiapa sahaja sebagai calon jika individu terlibat bukan lagi ahli mana-mana parti.

Mengenai desakan terhadap Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Tuan Ibrahim berkata, Pas mempunyai mekanisme tersendiri dalam menguruskan pimpinannya dan tidak bertindak mengikut kehendak pihak luar.

“Tiada keperluan untuk mengambil tindakan kerana Pas tidak bertindak atas kehendak pihak lain. Pelbagai mekanisme ada yang boleh digunakan,” katanya lapor FMT.

Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, R Sanjeevan, menggesa Pas mengambil tindakan disiplin terhadap Ahmad Fadhli  kerana didakwa konsisten melanggar arahan supaya tidak membuat kenyataan berhubung isu dalaman PN.

Ahmad Fadhli sebelum ini menyatakan, Pas sedia membantu bekas pemimpin Bersatu yang dipecat, Wan Saiful Wan Jan untuk bertanding di mana-mana kerusi pada pilihan raya akan datang.

Berkaitan kenyataan Ahmad Fadhli itu , Tuan Ibrahim berkata,’’Tak perlu berdendam sehingga ke liang kubur. Kami menghormati sesiapa sahaja yang masih menjadi ahli parti, namun bila dipecat, maka bebas menyertai dan bertanding atas parti barunya.

Kata Tuan Ibrahim, Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ahli Parlimen Maran Datuk Ismail Abd Muttalib dan ramai dalam calon Bersatu juga berasal daripada lain sebelum ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img