RM98,000 simpanan pencen lesap akibat terperdaya pelaburan tak wujud  

AKIBAT terperdaya  dengan tawaran pelaburan tidak wujud seorang pesara kerajaan  di Kuala Terengganu kerugian RM98,000.

Lebih malang lagi, kesemua wang itu adalah simpanan persaraannya.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa lelaki berusia 59 tahun membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu pada jam 8.24 malam tadi.

Katanya, pesara itu tertarik dengan tawaran pelaburan melalui iklan di aplikasi TikTok pada 14 Mei lalu.

‘’Dia berhubung dengan sindiket melalui aplikasi Telegram dan membuat transaksi bagi menyertai pelaburan yang ditawarkan.

“Selepas menyertai pelaburan itu mangsa diberitahu sudah untung. Bagi menebus keuntungan, dia diminta membuat beberapa lagi transaksi dalam beberapa akaun berbeza,” katanya.

Azli memberitahu, akibat terperdaya mangsa kerugian keseluruhan RM97,933 wang simpanan pencen.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img