‘’Syarikat utama Jepun sifatkan Malaysia rakan kongsi boleh dipercayai’’ – Johari

BEBERAPA syarikat utama Jepun menyatakan minat untuk terus melabur di Malaysia kerana melihat negara ini sebagai rakan kongsi boleh dipercayai..

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Ghani berkata, itu perkara itu susulan pertemuan antara delegasi Malaysia dan pemain industri utama di Jepun sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu.

“Dalam pertemuan kami dengan pemain industri di Jepun, kami mendapati majoriti daripada mereka menantikan untuk meneruskan pelaburan mereka di Malaysia,” katanya pada sidang media di Tokyo.

Johari berkata pegawai kerajaan Jepun juga gembira apabila dimaklumkan Malaysia berhasrat untuk terus memperkukuh hubungan perdagangannya dengan negara itu.

“Kita mahu berdagang dengan semua pihak selagi ia memberi manfaat bersama. Kita tidak hanya memberi tumpuan kepada satu atau dua rakan dagang.”

Katanya, ada beberapa isu dibangkitkan oleh syarikat Jepun dalam pertemuan itu, namun kebanyakannya bersifat teknikal dan operasi.

Johari berkata beliau sendiri akan meneliti isu-isu yang dibangkitkan oleh syarikat terbabit.

Beliau menambah, bidang lain yang turut dibincangkan termasuk bahan api penerbangan mampan, semikonduktor serta pelaburan elektrik dan elektronik.

Jepun muncul sebagai pelabur asing terbesar Malaysia pada suku pertama 2026, menyumbang RM21.5 bilion daripada keseluruhan RM92.8 bilion pelaburan diluluskan, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Ia diikuti China dan Amerika Syarikat masing-masing dengan RM10.1 bilion, Singapura (RM6.7 bilion) dan Thailand (RM2.5 bilion).

MIDA dalam kenyataan pada Isnin berkata 93.6% daripada pelaburan Jepun yang diluluskan pada suku pertama disalurkan kepada aktiviti transformasi digital, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan teknologi tinggi dan digital.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img