PRN: Selepas Johor, BN  turut tanding kesemua 36 kerusi di Negeri Sembilan

SELEPAS Johor, Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan pula mengumumkan akan bertanding kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Perkara itu yang diumumkan oleh Pengerusi BN Negeri Sembilan Datuk Jalaluddin Alias memberi bayangan bahawa tidak wujud lagi kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini lebih awal mengumumkan akan bertanding kesemua kerusi DUN.

Sebelum ini BN juga mengumumkan akan bertanding kesemua 56 kerusi dalam PRN Johor.

“Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan tempoh hari telah memutuskan untuk bertanding di semua kerusi DUN, jadi kita juga akan mengambil langkah yang sama.

“Pembahagian kerusi turut melibatkan MCA dan MIC, manakala jumlah kerusi yang akan ditandingi setiap parti akan diputuskan kemudian,” katanya lapor Sinar Harian.

Dalam PRN lalu, daripada 36 kerusi DUN, PH menang 17 kerusi, BN (14 kerusi), Pas (3 kerusi) dan Bersatu (2 kerusi). Bagaimanapun PH-BN berpakat menubuh kerajaan negeri.

Pada 27 April krisis politik tercetus di negeri apabila kesemua 14 ADUN BN menarik sokongan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun. Bagaimanapun kerajaan negeri kekal apabila PH-BN mencapai persetujuan bahawa kesemua 14 ADUN sokong Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan tetapi tidak akan memegang jawatan exco.

Jalaluddin yang juga penyandang kerusi DUN Pertang berkata senarai nama calon juga hampir selesai dan kini dalam proses saringan, sebelum dihantar kepada pucuk pimpinan parti.

Menurutnya, 95% calon adalah muka lama dan ada beberapa perubahan yang akan dilakukan termasuk menampilkan muka baharu.

DUN Negeri Sembilan dibubarkan semalam bagi memberi laluan kepada PRN ke-16 yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img