Proton X50 bertembung lori, enam maut termasuk bayi berusia 6 bulan

ENAM orang maut termasuk bayi berusia enam bulan, manakala lagi seorang parah selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki mereka bertembung dengan lori tanah di Kampung Baru Pinang Tunggal, Sungai Petani, hari ini.

Mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu SUV, Ahmad Shafiq Ahmad Shukri, 27; Nora Mhd Husin, 55; Jamaliah Sannusi, 27; Ahmad Fahim Ahmad Shukri, 21; kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan bayi berkenaan

Seorang lagi kanak-kanak, Aulia Sofea Ahmad Shafiq, 3, cedera parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Fauzi Shuaib berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada 3.46 petang dan bergegas ke lokasi, dibantu BBP Sungai Petani

“Setibanya di lokasi, terdapat kemalangan membabitkan sebuah SUV, Proton X50 dengan lori tanah,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, komander operasi melaporkan, terdapat keseluruhan tujuh mangsa dalam kereta terbabit dan enam daripadanya meninggal dunia selepas disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Seorang kanak-kanak perempuan yang cedera dihantar ke hospital oleh ambulans KKM manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan, ” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img