Kanak-kanak 8 tahun maut jatuh pangsapuri, abang kritikal

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut manakala abangnya berusia 10 tahun kritikal selepas kedua-duanya dipercayai terjatuh dari sebuah blok pangsapuri di Dwi Aliff Avenue, Tampoi, dekat Johor Bahru, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.59 pagi itu, kedua-dua mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat atas kompleks kediaman berkenaan ke aras bawah berhampiran kawasan kolam renang.

Kanak-kanak perempuan terbabit disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah ketika dalam perjalanan ke hospital, manakala abangnya kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha mengesahkan kejadian itu, namun berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes berkenaan dalam masa terdekat.

Sementara itu, beberapa penduduk yang berada di lokasi kejadian berkongsi detik cemas sebelum tragedi itu berlaku menerusi media sosial.

Seorang penduduk mendakwa dia bersama keluarganya berada berhampiran kolam renang ketika terdengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat seorang kanak-kanak perempuan terbaring tidak bergerak di kawasan berkenaan.

Menurutnya, orang ramai kemudian menjerit meminta bantuan dan menghubungi pasukan kecemasan.

Beberapa saat kemudian, satu lagi bunyi dentuman kuat dilaporkan kedengaran sebelum seorang kanak-kanak lelaki ditemui dalam keadaan cedera di lokasi yang sama.

Penduduk yang berada di kawasan itu dikatakan segera memberikan bantuan awal kepada mangsa sementara menunggu ketibaan pasukan perubatan dan pihak berkuasa.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img