Kanak-kanak 10 tahun maut kereta dinaiki dirempuh pemandu positif ganja

SEORANG kanak-kanak lelaki maut selepas kereta dinaiki dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu individu di bawah pengaruh dadah di Kilometer 29.4 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di Kampar, Perak malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.35 malam itu, mangsa, Jayden Leong Zhi Yung, 10, yang duduk di tempat penumpang hadapan sebuah Perodua Bezza, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

KEADAAN salah sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 29.4 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Kampar malam tadi mengorbankan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun. GAMBAR: IPD Kampar

Nahas turut mengakibatkan seorang lagi penumpang kanak-kanak berusia 13 tahun mengalami kecederaan di kepala dan kaki, manakala pemandu kereta tersebut cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, siasatan awal mendapati, kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu lelaki berusia 44 tahun dari arah Ipoh ke Kampar hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Kenderaan tersebut kemudian melanggar kereta dinaiki mangsa dan sebuah lagi kereta jenis Perodua Myvi yang sedang bergerak di laluan berkenaan.

“Pelanggaran menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki maut di tempat kejadian, manakala dua yang lain cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Nazri berkata, pemandu Toyota Hilux dan pemandu Perodua Myvi yang merupakan pelajar lelaki berusia 23 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun katanya, polis telah menahan pemandu Hilux bagi tujuan siasatan lanjut.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati pemandu tersebut positif ganja,” katanya.

Beliau berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat manakala yang cedera turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img