12 PATI warga Myanmar ditahan, sembunyi dalam hutan

TAKTIK sekumpulan warga Myanmar bersembunyi di kawasan hutan selepas dipercayai menyeludup masuk ke negara ini melalui Sungai Golok gagal apabila mereka ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam operasi di Kampung Tok Rusa, Meranti, petang semalam.

Dalam operasi itu, seramai 12 warga Myanmar termasuk lima wanita berusia antara 22 hingga 41 tahun ditahan selepas didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, semua suspek dipercayai memasuki negara ini secara haram dengan menyeberangi Sungai Golok sebelum menjadikan kawasan hutan berkenaan sebagai lokasi transit sementara.

Menurutnya, tindakan itu dipercayai bagi mengelak dikesan pihak berkuasa sebelum mereka dibawa ke destinasi lain.

“Bertindak atas maklumat, anggota Batalion 8 PGA yang menjalankan Op Taring Wawasan digerakkan ke kawasan berkenaan untuk melakukan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan menemui 12 individu warga Myanmar dalam keadaan mencurigakan sedang bersembunyi di kawasan hutan berhampiran Kampung Tok Rusa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kesemua warga asing terbabit dipercayai baru memasuki negara ini melalui laluan tidak sah di Sungai Golok.

Katanya, semua suspek kemudian ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri atau permit perjalanan yang sah.

“Kesemua mereka diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara tanpa dokumen perjalanan yang sah,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img