Ibu tunggal mengaku tidak bersalah cederakan kekasih bekas suami

SEORANG tukang gunting rambut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret George Town hari ini, atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap teman wanita bekas suaminya dalam kejadian di sebuah kondominium di Sungai Nibong, Sabtu lalu.

Tertuduh, Ooi Lee Ming, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Fadrina Zulkhairi.

Mengikut pertuduhan, wanita terbabit didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang wanita berusia 33 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan lif tingkat empat sebuah kondominium di Sungai Nibong dalam Daerah Timur Laut kira-kira pukul 10.20 pagi pada 13 Jun lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Lau Shavin ketika prosiding mencadangkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili tertuduh, Willie Ong memohon jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya merupakan ibu tunggal yang bekerja sambilan dengan pendapatan sekitar RM1,000 sebulan selain menanggung tiga anak yang masih kecil.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Selain itu, mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak dibenarkan mengganggu atau mendekati mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 16 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta serahan dokumen.

Difahamkan, kejadian itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati tertuduh terhadap bekas suaminya yang didakwa meninggalkan anak mereka yang sedang sakit di hospital sebelum keluar bersama teman wanitanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img