Penganggur wanita ditahan disyaki beri rasuah RM1,500 kepada polis trafik

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang penganggur wanita kerana disyaki menawarkan rasuah kira-kira RM1,500 kepada anggota polis trafik bagi mengelakkan tindakan terhadap rakannya, warga Indonesia.

Suspek warga tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 11 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Batu Pahat.

Menurut SPRM, suspek dipercayai menyerahkan wang tunai kepada anggota polis trafik terbabit sebagai balasan supaya rakannya yang ditahan kerana kesalahan memiliki pasport tamat tempoh tidak dikenakan tindakan undang-undang dan dibebaskan.

“Rakannya itu dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen,” kata kenyataan SPRM hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Hazrul Shazreen Abd Yazid mengesahkan penahanan berkenaan.

Beliau memberitahu, kes ini disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here