Rayuan ditolak, bekas suami Jahidah dipenjara 14 tahun

BEKAS suami kepada Jahidah Nordin, Rosmaini Abdul Raof, dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Rayuan hari ini selepas didapati bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu lima tahun lalu.

Keputusan itu dibuat panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Azman Abdullah bersama Datuk Noorin Badaruddin dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid, yang sebulat suara menolak rayuan tertuduh terhadap sabitan dan hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Mahkamah turut memerintahkan Rosmaini, 43, membayar ganti rugi sebanyak RM25,000 kepada mangsa, atau berdepan tambahan penjara enam bulan jika gagal berbuat demikian.

Mahkamah memerintahkan hukuman berkenaan berkuat kuasa hari ini.

Pada 4 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang mensabitkan Rosmaini pada 9 Disember 2024 dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun.

Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad ketika itu membenarkan pelaksanaan hukuman ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan.

Tertuduh sebelum ini sempat menjalani hukuman penjara selama 79 hari selepas disabitkan bersalah di Mahkamah Sesyen.

Mengikut pertuduhan, pada 4 Mei 2021 kira-kira jam 6 pagi di sebuah pangsapuri di Kampung Aman, Larkin, Johor Bahru, tertuduh menyebabkan kecederaan parah terhadap Jahidah Nordin @ Sylvester, 46, yang ketika itu hamil 10 minggu, dengan memukul kepala, muka dan tangan mangsa serta menendangnya.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman lebih berat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img