Lif terjatuh dari tingkat tujuh, dua pekerja warga India parah

DUA pekerja penyelenggaraan warga India parah selepas terperangkap dalam runtuhan lif yang terjatuh dari tingkat tujuh sebuah hotel ketika kerja pembaikan dijalankan di bandar raya Melaka pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Mohd Zaidi Ma’at berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.55 pagi sebelum lapan anggota bersama sebuah jentera dan van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi.

Menurut beliau, sebaik sahaja tiba di lokasi jam 12 tengah hari, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati dua mangsa terperangkap di dalam runtuhan lif selepas terjatuh dari tingkat tujuh bangunan hotel berkenaan.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi menyelamat dan berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa yang terperangkap dalam masa kira-kira sejam.

“Mangsa masing-masing berusia 27 tahun kemudian diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dihubungi media hari ini.

Mohd Zaidi berkata, operasi menyelamat tamat sepenuhnya jam 1.02 petang dan setakat ini punca kejadian dan tahap kecederaan mangsa masih dalam siasatan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img