Pekerja penyelenggaraan maut dipercayai lemas dalam tangki air

SEORANG lelaki tempatan ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tersedut dan lemas ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di sebuah tangki air kolam menara di Bandar Saujana Perdana, Sungai Buloh, semalam.

Dalam kejadian tersebut, mangsa berusia 24 tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas tangki kolam menara sebelum bantuan kecemasan dipanggil.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.51 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, jentera tiba di lokasi pada jam 12.17 tengah hari dengan kekuatan lima anggota bagi menjalankan operasi khas mengangkat mangsa.

“Sebaik tiba, mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas tangki kolam menara ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.

“Anggota bomba kemudian menjalankan kerja mengeluarkan dan menurunkan mangsa dari lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img