Bekas penyewa rumah ditahan khianat pondok pengawal

POLIS menahan seorang lelaki tempatan dipercayai bertindak merosakkan pondok pengawal sebuah residensi di Bukit Jalil selepas tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan premis berkenaan.

Suspek berusia 38 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di IPD Brickfields pada Isnin lalu bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, siasatan mendapati suspek dipercayai terbabit dalam kejadian khianat yang berlaku pada 23 April lalu.

Menurutnya, dalam kejadian itu suspek yang juga bekas penyewa rumah di residensi terbabit dipercayai mengamuk selepas berlaku perselisihan dengan pihak pengurusan.

“Suspek bertindak memarahi pengawal keselamatan sebelum memukul palang pintu masuk, memecahkan cermin hadapan pondok pengawal serta merosakkan kamera litar tertutup (CCTV).

“Hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku terbabit dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek direman selama dua hari sehingga semalam bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img