Sebarang aktiviti, mesyuarat guna nama Perikatan Nasional perlu keizinan Pengerusi

SETIAUSAHA Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) telah memberi maklum balas mengenai peletakan jawatan Pengerusi sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pelantikan Pengerusi baharu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Selain itu, menurut Takiyuddin, ROS juga telah menerima senarai kepimpinan dan ahli jawatankuasa Majlis Tertinggi PN terbaharu untuk direkodkan.

Untuk itu, kata beliau, sebarang aktiviti mahu pun mesyuarat yang menggunakan nama PN tidak boleh dilaksanakan melainkan dengan keizinan Pengerusi PN.

Berikut adalah teks penuh kenyataan media Setiausaha Agung Perikatan Nasional:

Kenyataan Media Setiausaha Agung Perikatan Nasional

Penerimaan Maklum Balas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

Sukacita dimaklumkan bahawa Perikatan Nasional telah menerima maklum balas rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) melalui surat yang ditujukan kepada saya selaku Setiausaha Agung Perikatan Nasional, bertarikh 19 Jun 2026 berhubung urusan pentadbiran dan pengurusan parti, yang menggariskan butiran berikut:

  1. a) Mengesahkan penerimaan Minit Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi Perikatan Nasional bertarikh 22 Februari 2026 dan mengambil maklum mengenai kelulusan Majlis Tertinggi terhadap peletakan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional dan pelantikan Pengerusi Baharu Perikatan Nasional.
  2. b) Mengesahkan penerimaan salinan Minit Mesyuarat Majlis Tertinggi (Bil. 1 2026) bertarikh 14 Mac 2026 dan senarai kepimpinan serta pelantikan ahli jawatankuasa Majlis Tertinggi Perikatan Nasional baharu, untuk direkodkan oleh pihak ROS.
  3. Sehubungan itu, Perikatan Nasional kekal komited dalam memastikan segala aktiviti, urusan pentadbiran dan pengurusan parti dilaksanakan mengikut perlembagaan parti serta mematuhi Akta 832.
  4. Justeru, adalah dipertegaskan bahawa sebarang aktiviti mahupun mesyuarat yang menggunakan nama Perikatan Nasional tidak boleh dilaksanakan melainkan dengan keizinan Pengerusi Perikatan Nasional, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Datuk Seri Takiyuddin Bin Hassan

Setiausaha Agung Perikatan Nasional Bertarikh: 19 Jun 2026



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img