DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) melaksanakan “Op Lens; Ulat Foto’ di kawasan tumpuan awam di Pintasan Saloma, Jalan Ampang dan Jalan P Ramlee malam tadi..
Menurut DBKL, dalam operasi bersepadu DBKL, PDRM dan JPN itu, tindakan penguatkuasaan ke atas kegiatan perkhidmatan fotografi (ulat foto) tanpa kebenaran yang dijalankan di tempat awam.
‘’DBKL mengeluarkan sejumlah 19 notis kompaun terhadap individu warga negara yang didapati menjalankan perkhidmatan tanpa kebenaran serta membuat 32 sitaan ke atas pelbagai peralatan termasuk telefon bimbit termasuk. 13 daripadanya adalah melibatkan warga negara asing.
‘’Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan menerusi kesalahan di bawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016,’’ kata DBKL dalam kenyataan di Facebook.
PDRM, JPN turut membuat pemeriksaan ke atas 32 orang individu melibatkan pemeriksaan dokumen pengenalan diri menerusi Akta Pendaftaran Negara 1959.
Menurut kenyataan itu, DBKL kekal komited memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan kekal selamat daripada aktiviti perkhidmatan fotografi tanpa kebenaran yang menyalahi undang-undang, menimbulkan risiko keselamatan, kacau ganggu kepada pengunjung termasuk halangan dan kelancaran lalulintas.
‘’Peralatan berkaitan aktiviti jurufoto yang di sita melibatkan telefon bimbit, lampu, ‘gimbal’ dan lain-lain dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL untuk tindakan rekod dan dokumentasi lanjut. Sebarang aduan atau maklum balas daripada orang awam boleh terus disalurkan melalui pautan saluran rasmi DBKL yang tertera,’’ kata DBKL.






