SPRM sahkan siasatan berhubung pemindahan Dara, Amoi dan Kelat sedang dijalankan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan telah membuka kertas siasatan berhubung isu pemindahan tiga ekor gajah Asia iaitu Dara, Amoi dan Kelat dari Zoo Taiping ke Zoo Tennoji di Osaka, Jepun.

Menurut suruhanjaya itu, siasatan memberi tumpuan kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta ejen yang terlibat dalam urusan pemindahan tiga ekor gajah berkenaan.

DARA, Amoi dan Kelat. GAMBAR fail

“SPRM ingin menegaskan bahawa siasatan masih di peringkat awal dan sedang dijalankan secara menyeluruh.

“Sehubungan itu, orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan yang boleh menjejaskan proses siasatan yang sedang berlangsung,” kata SPRM dalam kenyataan hari ini.

Pada 18 Jun 2026, pertubuhan Hak Asasi Hidupan Liar Malaysia (Hidup) telah menggesa SPRM menjalankan siasatan berhubung pemindahan DAK.

Pertubuhan berkenaan turut mendakwa terdapat bayaran berkaitan urusan tersebut yang tidak disalurkan kepada kerajaan selain mengaitkan beberapa individu dengan transaksi yang dianggarkan bernilai RM53 juta.

Susulan itu, SPRM turut menyiasat berhubung dakwaan ketirisan tersebut serta meneliti sama ada wujud sebarang unsur rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa dalam urusan berkenaan.

Menurut SPRM, pihaknya komited untuk menjalankan siasatan secara profesional, bebas dan telus serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang perlakuan rasuah atau salah guna kuasa sekiranya terdapat bukti yang mencukupi untuk tindakan lanjut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img