‘’Haramkan segera vape’’ – Pemuda Pas Selangor desak kerajaan negeri

PEMUDA Pas Selangor ⁠hari ini mendesak  Kerajaan Negeri Selangor tidak melewat-lewatkan tindakan mengharamkan vape di negeri ini memandangkan ancaman terhadap keselamatan generasi muda dan kepentingan awam sedang berada dalam  keadaaan sangat kritikal.

Dalam satu kenyataan, Naib Ketua Dewan Pas Selangor menggesa Menteri Besar Datuk Seri Amiruddin Shari dan Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaludin mengambil pendirian yang lebih berani dan tegas dalam isu ini.

‘’ Kepentingan melindungi generasi muda daripada ancaman dadah sintetik mestilah mengatasi sebarang pertimbangan lain yang boleh menangguhkan tindakan sewajarnya,’’ katanya.

Muhammad Faizzuddin Mohd Zai

Beliau berkata, pendedahan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bahawa cecair vape kini terdedah untuk dicampur dengan bahan narkotik jenis New Psychoactive Substances (NPS) membuktikan bahawa isu vape tidak lagi boleh dilihat semata-mata sebagai isu kesihatan awam atau tabiat merokok, sebaliknya telah berkembang menjadi ancaman serius terhadap keselamatan dan kesejahteraan sosial belia dan negara.

‘’ Pemuda Pas Selangor amat kecewa dengan alasan demi alasan serta kegagalan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil langkah lebih segera dan tegas untuk mengawal atau menyekat penjualan vape di negeri ini. Sedangkan pelbagai pihak telah menyuarakan kebimbangan sejak sekian lama,’’ katanya.

Beliau berkata, beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis, Johor dan Pahang telah mengambil pendirian lebih proaktif dengan menyekat atau mengharamkan penjualan vape melalui kuasa pelesenan pihak berkuasa tempatan.

‘’Langkah tersebut menunjukkan bahawa tindakan pentadbiran boleh dilaksanakan sekiranya wujud iltizam politik yang ikhlas untuk melindungi rakyat,’’ katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img