Polis kesan 2 pemandu memandu melulu, berbahaya di lebuh raya

POLIS sedang mengesan dua pemandu kenderaan yang dirakam dalam video tular di media sosial, memaparkan seolah-olah mereka sedang berlumba di lebuh raya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Deputi Superintenden Mohd Norazmi Abd Ghapar berkata, video berdurasi dua minit 43 saat itu dikesan pada jam 10.30 malam semalam, menunjukkan Perodua Viva dan Toyota Hilux dipandu secara melulu dan berbahaya.

Katanya, kedua-dua kenderaan itu dipandu di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari arah Jawi menghala Bukit Tambun.

“Pemanduan kedua-dua pemandu itu amat berbahaya kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya lain. Susulan itu kes ini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan di talian 04-585 8222.

Selain itu, katanya, mana-mana pemandu yang memandu secara berbahaya, termasuk mengundang kemalangan maut bakal berhadapan tindakan tegas mengikut undang-undang sedia ada.

“IPD Seberang Perai Selatan akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan trafik, khususnya Op Mabuk bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img