Ops Taring: PGA Sarawak catat 26 kejayaan, rampasan lebih RM15 juta

PASUKAN Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merekodkan 26 siri kejayaan menerusi Ops Taring yang dijalankan di seluruh negeri dari 1 Jun hingga semalam, dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM15.14 juta.

Komander PGA Briged Sarawak, Senior Asisten Komisioner Lim Bak Phai berkata, pasukan itu turut menahan 39 individu bagi membantu siasatan melibatkan pelbagai kesalahan.

“Antara kejayaan tersebut termasuk rampasan produk sejuk beku tanpa permit yang sah di sekitar Kuching dan Saratok dengan nilai rampasan melebihi RM1 juta bagi setiap kes.

“Selain itu, operasi turut berjaya menumpaskan beberapa kegiatan penyelewengan diesel di sekitar Samarahan, Sri Aman dan Bintulu yang melibatkan rampasan diesel berjumlah 45,770 liter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bak Phai berkata, turut dirampas tangki skid, tangki IBC, peralatan pemindahan minyak, kenderaan serta jentera yang dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut.

Beliau memberitahu, beberapa serbuan di Sarikei dan Padawan pula membawa kepada rampasan pelbagai jenis rokok serta minuman keras yang belum diluluskan cukai manakala di Bau, PGA berjaya mengesan cubaan menyeludup produk daging sejuk beku tanpa permit.

“Operasi turut merekodkan rampasan berkaitan pembalakan tanpa permit berserta peralatan dan jentera yang dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut dengan nilai rampasan berjumlah RM5.93 juta,” katanya.

Katanya, kesemua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada agensi berkaitan termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, Jabatan Hutan Sarawak serta Polis Diraja Malaysia untuk tindakan dan siasatan lanjut.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img