PGA rampas 2,560 pod vape disyaki cuba diseludup ke Thailand

BRIGED Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan penyeludupan rokok elektronik apabila merampas 2,560 pod vape dan van Toyota Hiace dengan nilai keseluruhan RM316,000, hari ini.

Serbuan dijalankan anggota dan pegawai Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Wawasan Kelantan pada jam 12.15 tengah hari di Sekatan Jalan Raya (SJR) Lalang Pepuyu, dekat Tanah Merah.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, ketika operasi pihaknya menahan sebuah van dipandu lelaki berusia 42 tahun yang dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan dalam van menemukan kotak mengandungi 2,560 pod vape yang disyaki untuk diseludup ke Thailand.

“Pemandu ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah berkaitan barangan terbabit dan pod vape dirampas dibawa ke Komtak Taman Bakti untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil soal siasat, lelaki itu memaklumkan mengambil semua pod vape di sekitar Tanah Merah dan akan dihantar ke Thailand melalui pangkalan haram di Kampung Rahmat, Rantau Panjang.

Katanya, tangkapan dan rampasan dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Tanah Merah untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img