EXCO Kerajaan Negeri Kedah Haim Hilman Abdullah akan didakwa di Mahkamah Majistret Seremban esok berkaitan kenyataan beliau berkaitan akses pendidikan tinggi.
Dalam kenyataan melalui Facebook,Haim Hilman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra berkata, beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada proses perundangan dan akan terus bersuara sehingga kebenaran ditegakkan serta peluang pendidikan yang adil untuk anak-anak Malaysia tanpa mengira bangsa terbela.
“Insya-Allah saya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada proses perundangan dan akan terus bersuara sehingga kebenaran ditegakkan serta peluang pendidikan yang adil untuk anak-anak Malaysia tanpa mengira bangsa terbela,” katanya.
Beliau sebelum ini menegaskan sedia ke mahkamah demi mempertahankan dakwaan berkaitan sistem kemasukan ke universiti awam selepas Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pertimbang tindakan perundangan.
Haim berkata, beliau menghormati hak KPT itu tetapi menegaskan bahawa beliau tidak akan menarik balik kenyataan tersebut.
Pada 15 Jun lalu KPT memaklumkan sedang meneliti tindakan perundangan terhadap Haim Hilman berhubung kenyataannya dibuat menerusi rakaman video yang disiarkan di Facebook sempena ‘Ceramah Umum Ambang Pilihan Raya Negeri Sembilan’ pada 13 Jun lalu.
Haim Hilman t mendakwa wujud puluhan ribu pelajar memasuki institusi pendidikan tinggi awam melalui ‘pintu belakang’.
Beliau turut mendakwa universiti awam kini ‘menjual tempat-tempat untuk anak-anak kita kepada orang ada duit’.






