SEHINGGa 22 Jun lalu, sebanyak 8,445 syarikat dan 30,557 kenderaan di Sabah, Saraak dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan telah mendaftar bagu menyertai Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, daripada jumlah itu syarikat di Sabah mendaftar sebanyak 4,062, Sarawak (4,108) dan WP Labuan (272), jumah keseluruhan ialah 8,445 syarikat.
‘’Untuk pendaftaran kenderaan pula Sarawak mencatatkan (15,030), Sabah (14,750) dan WP Labuan (777),’’ katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pendaftaran itu adalah sejajar dengan pengumuman pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di seluruh negara mulai 1 Julai 2026, penggunaan fleet card di bawah SKDS untuk memanfaatkan subsidi bahan api akan berkuat kuasa.
Katanya, kewajipan mendapat itu meliputi sektor pengangkutan darat awam dan sektor pengangkutan darat barangan yang layak di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan.
”Melalui mekanisme ini, kedua-dua sektor berkenaan, dengan jenis kenderaan yang disenaraikan, akan terus menikmati diesel bersubsidi, iaitu pada harga RM1.88 seliter bagi pengangkutan darat awam dan RM2.15 seliter untuk pengangkutan darat barangan,’’ katanya.
Dalam kenyataan itu beliau turut menjelaskan mengenai proses pendaftaran bagi membolehkan mereka yang terlibat mendapat manfaat subsidi diesel di bawah SKDS
‘’Ia melalui pendaftaran melalui portal MySubsidi pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my. Permohonan di yang lengkap dan memenuhi syarat akan menerima surat kelulusan secara serta-merta.
(”Surat kelulusan SKDS kemudiannya perlu digunakan untuk memohon fleet card daripada syarikat minyak pilihan,’’ katanya.
Aermizan berkata, kerajaan mengambil maklum bahawa proses pengeluaran dan penghantaran fleet card oleh syarikat minyak lazimnya mengambil masa antara dua hingga tiga minggu bergantung kepada proses semakan dan pengurusan dalaman syarikat minyak masing-masing.
Sehubungan itu, kata beliau, kerajaan bersetuju membuka ruang untuk permohonan tuntutan bayaran balik tunai diesel di bawah SKDS mulai 1 Julai 2026.
”Kemudahan ini disediakan bagi membolehkan syarikat yang layak di bawah sektor pengangkutan darat awam dan barangan membuat tuntutan perbezaan harga diesel yang telah dibeli pada harga runcit tanpa subsidi dengan harga diesel bersubsidi SKDS yang sepatutnya dinikmati sementara menunggu fleet card diterima,’’ katanya.
Armizan berkata, kelayakan untuk permohonan tuntutan bayaran balik tunai diesel pada harga tanpa subsidi di bawah SKDS ini adalah tertakluk kepada syarat berikut:
- tuntutan ini adalah bagi pemohon SKDS sektor pengangkutan darat awam dan barangan di Sabah, Sarawak dan WP Labuan; syarikat perlu mengemukakan bukti telah mendaftar di bawah SKDS dan telah memohon fleet card sebelum atau pada 30 Jun 2026;
- pembayaran balik tunai ini adalah untuk tempoh pembelian diesel bermula 1 Julai 2026 sehingga 31 Julai 2026 atau sehingga tarikh fleet card diterima oleh syarikat pengangkutan, yang mana lebih awal;
- permohonan bayaran balik tunai boleh dibuat melalui portal MySubsidi di pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my; dan
- Semua tuntutan bayaran balik tunai wajib disokong dengan bukti resit pembelian diesel dan dimuat naik melalui portal MySubsidi.
Beliau berkata, pembayaran balik tunai akan dikreditkan ke dalam akaun bank syarikat oleh Kementerian Kewangan (MOF) dalam tempoh 15 hari bekerja.
”Selepas proses semakan selesai oleh pentadbir SKDS di KPDN. KPDN sekali lagi menggesa semua syarikat pengangkutan darat awam dan barangan yang layak di Sabah, Sarawak dan WP Labuan supaya segera membuat pendaftaran SKDS dan mengemukakan permohonan fleet card.
”Pendaftaran yang dibuat lebih awal akan membantu mempercepatkan proses pengeluaran fleet card sekali gus memastikan syarikat dapat terus menikmati diesel bersubsidi,’’ katanya.






