Dua rentung kereta dinaiki terbabas di Lebuh Raya DUKE

DUA maut dalam keadaan rentung selepas mereka naik terbabas dan terbakar dalam kemalangan di susur keluar Jalan Kuching di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) Kuala Lumpur awal pagi ini.

Komander Operasi, Mohd Fadzlil Jamaludin berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang serta BBP Sri Hartamas bergegas  ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 5.20 pagi.

Katanya, terdapat tiga mangsa dengan dua daripadanya rentung akibat tersepit, manakala seorang lagi berjaya diselamatkan.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dengan kemusnahan kereta dilaporkan 100 peratus. Punca kebakaran dan kemalangan masih dalam siasatan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam kenyataan

Beliau berkata, mangsa yang selamat diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img