DUA maut dalam keadaan rentung selepas mereka naik terbabas dan terbakar dalam kemalangan di susur keluar Jalan Kuching di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) Kuala Lumpur awal pagi ini.
Komander Operasi, Mohd Fadzlil Jamaludin berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang serta BBP Sri Hartamas bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 5.20 pagi.
Katanya, terdapat tiga mangsa dengan dua daripadanya rentung akibat tersepit, manakala seorang lagi berjaya diselamatkan.
“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dengan kemusnahan kereta dilaporkan 100 peratus. Punca kebakaran dan kemalangan masih dalam siasatan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam kenyataan
Beliau berkata, mangsa yang selamat diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.






