Wanita parah, tujuh cedera dalam nahas tiga kenderaan di PLUS

SEORANG wanita cedera parah selepas tersepit di tempat duduk pemandu kereta dipandunya dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 94, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, Sungai Petani, pagi tadi.

Dalam kejadian yang dilaporkan pada jam 8.56 pagi itu, mangsa berusia 56 tahun mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala, bahu dan kaki sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba menggunakan peralatan khas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Happyzam Abd Rashid berkata, kemalangan membabitkan sebuah lori tujuh tan, sebuah Perodua Myvi dan sebuah Toyota Noah.

Menurutnya, sepasukan lapan anggota dari BBP Guar Chempedak bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati terdapat lapan mangsa terlibat dalam kemalangan itu iaitu dua lelaki berada di dalam lori tujuh tan, dua wanita di dalam Perodua Myvi serta seorang lelaki bersama tiga wanita di dalam Toyota Noah.

“Hasil pemeriksaan mendapati pemandu Perodua Myvi tersepit di tempat duduk dan mengalami kecederaan parah sebelum anggota menjalankan operasi menyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tujuh lagi mangsa berusia antara 16 hingga 49 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

Katanya, semua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Selepas operasi menyelamat selesai, pasukan bomba turut menjalankan kerja pembersihan sisa kemalangan bagi memastikan laluan kembali selamat digunakan,” ujarnya.

Menurutnya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.05 pagi.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img