Budak lelaki 12 tahun maut dipercayai dibaham buaya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai dibaham buaya ketika berada di sungai di Jalan Dent Heaven, Kampung Tagupi, di Lahad Datu hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa dipercayai disambar reptilia berkenaan sebelum ditarik ke dasar sungai.

Mayat mangsa kemudian ditemukan ahli keluarga dan orang awam kira-kira jam 2 petang.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, siasatan lanjut mendapati terdapat saksi awam yang juga jiran mangsa melihat sendiri mangsa ditarik seekor buaya ke dalam sungai.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas mayat mangsa mendapati terdapat kesan gigitan buaya pada bahagian belakang badan dan kaki.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 12.06 tengah hari sebelum menggerakkan sepasukan empat anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 140 kilometer dari balai.

Bagaimanapun mangsa sudah ditemukan ketika pasukan bomba dalam perjalanan ke lokasi, justeru operasi mencari dan menyelamat ditamatkan, katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img