Mayat dalam bagasi: Mangsa mati akibat tetakan di kepala

PUNCA kematian mayat yang ditemukan dalam bagasi di sebuah rumah di daerah Kajang disahkan akibat luka tetakan di kepala selepas proses bedah siasat selesai dijalankan semalam, manakala polis menegaskan tiada bahagian badan mangsa dipotong atau dipisahkan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan kes berkenaan masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Menurutnya, bedah siasat ke atas mayat selesai dijalankan pada jam 6.20 petang semalam dan hasil pemeriksaan mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan tetakan pada bahagian kepala.

“Tiada bahagian badan mayat yang terpisah atau dipotong,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut turut mendapati rumah berkenaan disewakan kepada sepasang suami isteri warga asing sejak Februari lalu.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan atau kehilangan ahli keluarga serta pekerja supaya tampil membantu siasatan.

Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Nur Ayuni Abd Aziz di talian 016-2080717.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img