Tinggalkan surat, Muhammad Shazriq hilang selepas bertengkar dengan ibu

SEORANG remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang sejak 23 Jun lalu selepas dipercayai keluar dari rumah keluarganya di Pangsapuri Rimba, Seksyen 16, Shah Alam, susulan perselisihan faham dengan ibunya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, laporan kehilangan dibuat oleh ibu mangsa pada 24 Jun selepas remaja berkenaan, Muhammad Shazriq Ziqri Abdullah, gagal pulang ke rumah.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa keluar dari rumah kira-kira jam 6.45 pagi sebelum disedari tidak kembali.

“Remaja berketurunan Bajau itu dipercayai keluar dari rumah selepas berlaku pertengkaran dengan ibunya.

“Polis membuka kertas siasatan sebagai kes orang hilang dan siasatan sedang dijalankan termasuk meneliti kenalan serta lokasi yang pernah dikunjungi mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, sebelum meninggalkan rumah, remaja itu turut meninggalkan sepucuk surat kepada ibunya yang antara lain meminta supaya makan dan minumnya dihalalkan serta meminta agar dirinya tidak dicari.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Muhammad Shazriq Ziqri diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Razi Sahari di talian 019-5717076 atau hadir ke balai polis berhampiran.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img