Arab Saudi benarkan semua jenis visa boleh tunai umrah

KEMENTERIAN  Haji dan Umrah Arab Saudi mengesahkan pemegang semua jenis visa boleh menunaikan umrah ketika berada di negara itu, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Kementerian itu memaklumkan langkah terbabit merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi memudahkan prosedur jemaah umrah dan memperluas akses kepada perkhidmatan sistem Haji dan Umrah, demi menyokong objektif Wawasan Saudi 2030.

Menurut kementerian, visa itu termasuk visa lawatan peribadi dan keluarga, visa pelancong elektronik, visa transit, visa kerja dan pelbagai jenis visa lain.

Kementerian itu turut menegaskan bahawa langkah itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk memudahkan ketibaan umat Islam dari seluruh dunia bagi menunaikan ibadah mereka dengan mudah dan tenang.

Selain itu, kementerian berkenaan memaklumkan bahawa pihaknya baru-baru ini melancarkan platform digital “Nusuk Umrah” bagi memudahkan mereka yang ingin menunaikan umrah secara langsung, membolehkan pengguna memilih pakej sesuai serta mendapatkan permit umrah secara elektronik dengan mudah.

Platform digital bersepadu itu juga membolehkan pengguna menempah perkhidmatan dan menetapkan waktu dengan lebih fleksibel, menurut kementerian.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img