Polis tahan 12 individu bergaduh dan merusuh di pusat beli-belah

POLIS menahan sebanyak 12 individu warga tempatan bagi membantu siasatan kes pergaduhan dan rusuhan yang berlaku di kawasan parkir pusat beli-belah di Cheras baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kesemua suspek ditahan dalam tiga serbuan berasingan di sekitar ibu negara pada 29 Jun lalu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada rasa tidak puas hati apabila seorang pekerja di kawasan berkenaan menegur sekumpulan individu yang didakwa menghalang laluan jalan.

“Teguran itu mencetuskan pertengkaran mulut sebelum bertukar menjadi pergaduhan.

“Tangkapan dibuat susulan laporan polis yang dibuat oleh salah seorang daripada individu terbabit yang mengalami kecederaan ringan pada anggota badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Fadil, semua suspek direman sehingga Selasa lalu bagi membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh secara beramai-ramai di tempat awam,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img