Albert Tei bersedia menentang Anthony Loke di Chennah

ALBERT Tei tidak menolak kemungkinan menentang Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 1 Ogos depan.

Ahli perniagaan kontroversi itu berkata, beliau masih mempertimbangkan perkara tersebut namun mengakui keputusannya hampir dimuktamadkan.

“Ada parti yang tawarkan saya bertanding dan saya masih dalam proses mempertimbangkannya, tetapi ia hampir pasti.

“Lagipun ramai kawan-kawan dan juga pengikut saya di media sosial yang berharap saya bertanding dalam pilihan raya kali ini. Mungkin saya akan umumkan keputusan itu minggu depan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Albert atau nama sebenarnya Tei Jiaan Cheing, 37, enggan berkongsi parti yang menawarkan peluang itu, namun menyasarkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah yang kini disandang Anthony.

Beliau berkata, hasrat bertanding di Negeri Sembilan didorong rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Pakatan Harapan (PH) dan DAP yang dilihat gagal mengotakan janji kepada rakyat.

“Saya belum pernah menjadi ahli mana-mana parti politik kerana perjuangan saya selama ini adalah atas kapasiti peribadi. Tapi mungkin PRN di Negeri Sembilan menjadi medan pertama saya menceburi politik,” katanya yang berasal dari Kuantan.

Media sebelum ini melaporkan, Anthony mengesahkan akan mempertahankan kerusi itu pada PRN Negeri Sembilan.

Anthony mula bertanding di DUN Chennah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan menang dengan majoriti 1,098 undi selepas memperoleh 5,128, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN).

Pada PRN Negeri Sembilan 2023, Anthony sekali lagi berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 2,200 undi apabila memperoleh 5,888, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN).

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img