Remaja 15 tahun ditemukan maut tergantung pada dahan pokok

SEORANG remaja lelaki berusia 15 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tergantung pada sebatang pokok berhampiran Surau Al Azim, Jalan Enggang Selatan, Hulu Kelang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada kira-kira jam 8.11 malam selepas seorang lelaki menghubungi Balai Polis Hulu Kelang.

Beliau berkata, sepasukan polis kemudian bergegas ke lokasi dan menemui mangsa dalam keadaan tergantung pada dahan pokok berhampiran surau berkenaan.

“Siasatan awal di lokasi mendapati mangsa telah meninggal dunia.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke hospital bagi tujuan bedah siasat dan tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Khairul Anuar berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR).



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img