Remaja 15 tahun maut dalam kemalangan di Yan

SEORANG pelajar lelaki berusia 15 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Sungai Dedap, Yan, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.50 petang dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohamad Hamizi Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal di lokasi berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu kereta yang dalam perjalanan dari arah Kuala Kedah menuju ke Sungai Yan memberhentikan kenderaannya dan memberi isyarat untuk membelok ke kanan.

“Bagaimanapun secara tiba-tiba motosikal yang datang dari arah sama di belakang dipercayai melanggar bahagian belakang sebelah kanan kereta berkenaan sebelum berlaku perlanggaran.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal yang juga pelajar sebuah sekolah di daerah ini meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Yan untuk tindakan lanjut.

Katanya, pemandu kereta berusia 40 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img