Pemandu Singapura didenda RM20,000 isi minyak RON95

SEORANG pemandu warga asing didenda RM20,000 atau dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru selepas mengaku bersalah kerana mengisi petrol bersubsidi RON95 secara tidak sah ke dalam kenderaan berdaftar Singapura.

Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim menjatuhkan hukuman itu semalam selepas tertuduh berusia lingkungan 50-an, yang juga pemandu dan pemilik kenderaan berkenaan, membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan yang dikenakan.

Tertuduh membayar denda berkenaan pada hari yang sama.

Kesalahan itu dilakukan pada 9 April lalu apabila pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang menjalankan Op Tiris 4.0 mengesan warga Singapura itu sedang mengisi petrol BUDI95 di sebuah stesen minyak di Johor Bahru, lapor Buletin TV3.

Siasatan mendapati pemandu terbabit melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membeli petrol bersubsidi RON95 menggunakan kenderaan berdaftar asing.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Sulehan Abd Rahman, manakala tertuduh diwakili peguam bela.

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo, berkata kejayaan pendakwaan itu membuktikan komitmen berterusan kementerian dalam membanteras penyelewengan barangan kawalan bagi melindungi kepentingan pengguna serta memastikan kestabilan bekalan negara.

Orang ramai digalakkan menyalurkan maklumat berkaitan penyelewengan bahan api melalui saluran rasmi KPDN termasuk WhatsApp 019-848 8000, portal e-Aduan, pusat panggilan atau aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img