Buruan kes cabul, liwat dua pelajar akhirnya diberkas

SEORANG pekerja kolej yang diburu polis kerana disyaki mencabul dan meliwat dua pelajar lelaki berusia 15 tahun akhirnya diberkas dalam serbuan di sebuah restoran di Shah Alam, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 12.01 tengah malam.

Menurutnya, penahanan dibuat susulan laporan polis yang diterima pada Jumaat daripada dua mangsa yang juga pelajar sebuah kolej di Glenmarie, Shah Alam.

“Mangsa pertama mendakwa dicabul ketika berada di tandas asrama kolej, manakala mangsa kedua mendakwa diliwat ketika berada di rumah suspek di Seksyen 18.

“Hasil semakan turut mendapati suspek yang bekerja di kolej berkenaan mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan amang seksual terhadap kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohd Razi Sahari di talian 019-5717076 atau Inspektor Muhamad Zamri Abdul Rahman di talian 011-16652402.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img