Selepas Brazil tersingkir, Neymar beri isyarat bersara peringkat antarabangsa

PENYERANG Brazil, Neymar, memberi bayangan bahawa kekalahan 2-1 kepada Norway dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA 2026 mungkin menjadi penampilan terakhirnya bersama skuad kebangsaan.

Dalam perlawanan itu, Neymar menjaringkan satu-satunya gol Brazil menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan, namun jaringan tersebut gagal menghalang juara dunia lima kali itu daripada tersingkir daripada kejohanan.

Selepas tamat perlawanan, Neymar yang kelihatan sebak ketika ditemu bual oleh ge tv berkata impiannya untuk memenangi Piala Dunia bersama Brazil kini telah berakhir.

“Saya sudah mencuba, saya sudah berusaha. Kini semuanya sudah berakhir. Saya bermula di sini dan saya juga mengakhirinya di sini.”

Beliau merujuk kepada Stadium MetLife, lokasi beliau membuat penampilan sulung bersama skuad kebangsaan Brazil dalam aksi persahabatan menentang Amerika Syarikat pada tahun 2010.

Bagaimanapun, setakat ini Neymar belum mengumumkan secara rasmi persaraannya daripada bola sepak antarabangsa.

SEMENTARA ITU, kekalahan Brazil kepada Norway turut mencipta satu rekod yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Piala Dunia.

Dalam saingan Piala Dunia FIFA 2026 yang berlangsung di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat, Brazil tersingkir pada pusingan 16 terbaik selepas tewas 2-1 kepada Norway, manakala Jerman pula telah tersingkir lebih awal pada pusingan 32.

Buat pertama kali dalam sejarah Piala Dunia, dua negara paling berjaya dalam sejarah kejohanan itu, Brazil dan Jerman, kedua-duanya gagal mara ke peringkat suku akhir dalam edisi yang sama.

Brazil telah beraksi sebanyak 22 kali di Piala Dunia dengan rekod juara 5 kali, Naib juara (2 kali), tempat ketiga (2 kali), tempat keempat (2 kali) dan suku akhir (8 kali)

Sebelum edisi 2026, Brazil hanya gagal mara ke suku akhir sebanyak tiga kali, iaitu pada Piala Dunia 1934, 1966 dan 1990.

Menariknya, dalam ketiga-tiga edisi tersebut, Jerman masing-masing menamatkan kejohanan di tempat ketiga (1934), naib juara (1966) dan muncul juara (1990).

Sementara itu, Jerman pula telah menyertai 21 edisi Piala Dunia dengan rekod Juara 4 kali, Naib juara (4 kali), Tempat ketiga (4 kali), Tempat keempat (1 kali), Suku akhir (4 kali).

Sebelum 2026, Jerman hanya gagal mara ke suku akhir sebanyak empat kali, iaitu pada edisi 1938, 2018, 2022 dan 2026.

Dalam empat edisi tersebut, Brazil masing-masing menamatkan kejohanan di tempat ketiga (1938), suku akhir (2018), suku akhir (2022) dan pusingan 16 terbaik (2026).

Kegagalan serentak Brazil dan Jerman untuk mara ke suku akhir dalam Piala Dunia 2026 sekali gus menandakan berakhirnya satu lagi era dominasi dua kuasa besar bola sepak dunia di pentas paling berprestij itu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img