Hilang sejak Ahad, di mana Areen Melisha?

POLIS sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu dan meminta bantuan orang ramai bagi mengesan keberadaannya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja terbabit pada jam 6.34 petang semalam.

Beliau berkata, remaja berkenaan dikenali sebagai Areen Melisha Abdullah dan dipercayai kali terakhir dilihat kira-kira jam 6 petang pada 5 Julai berhampiran 7-7 Apartment City Heights, Sungai Chua, Kajang.

“Orang hilang berusia 14 tahun, berketinggian kira-kira 138 sentimeter (cm) dan berat sekitar 42 kilogram.

“Ketika kali terakhir dilihat, dia memakai baju-T lengan panjang berwarna kelabu, seluar slack hitam serta bertudung merah jambu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja itu diminta tampil membantu siasatan.

“Mereka boleh berbuat demikian dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-8911 4222.

“Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada pegawai penyiasat, Sarjan Ahmad Faizal Hasan di talian 019-7691924,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img