Kakitangan kolej swasta didakwa cabul dua pelajar lelaki

SEORANG kakitangan kolej swasta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal serta persetubuhan luar tabii terhadap dua remaja lelaki, bulan lalu.

Tertuduh, Fikri Zainal Abidin, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Berdasarkan pertuduhan, Fikri didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja berusia 15 tahun.

Tertuduh juga didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap salah seorang daripada dua remaja itu.

Lelaki berstatus duda itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di rumah terletak di Seksyen 18, Shah Alam, pada 20 dan 23 Jun lalu, lapor Harian Metro.

Dia juga didakwa melakukan kesalahan di hostel kolej terbabit di Seksyen U1, Shah Alam pada jam 9.51 pagi, 29 Jun lalu.

Bagi kesalahan melakukan amang seksual fizikal, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan sebat.

Bagi kesalahan persetubuhan bertentangan aturan tabii, lelaki itu boleh dihukum mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan sebat.

Timbalan Pendakwa Raya Roshaira Rosly dan KS Rinisha Priya tidak mencadangkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Fikri yang tidak diwakili peguam memohon jaminan diberikan dengan alasan dia mahu melantik peguam selepas diberikan jaminan serta perlu menjaga ibu bapanya.

Bagaimanapun, Awang Kerisnada menasihatkan tertuduh boleh melantik peguam ketika berada dalam tahanan.

Mahkamah kemudian menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan, polis menahan seorang lelaki susulan laporan dua remaja lelaki berusia 15 tahun yang juga pelajar di sebuah kolej di Glenmarie berhubung jenayah liwat dan cabul yang dilakukan suspek.

Siasatan polis mendapati mangsa pertama mendakwa dicabul ketika di tandas asrama kolej berkenaan.

Seorang lagi mangsa mendakwa diliwat ketika berada di rumah suspek di Seksyen 18, Shah Alam.

Semakan mendapati suspek yang berusia lingkungan 30-an itu mempunyai satu rekod jenayah lampau kesalahan amang seksual terhadap kanak-kanak.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img