Gugup kali pertama lalui sekatan jalan raya punca pemandu Mercedes gagal berhenti

SEORANG pemuda berusia 20 tahun ditahan polis selepas merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya SPRINT dari arah Hartamas menghala ke Kerinchi Link berhampiran Institut INTAN, tengah malam Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pemandu berbangsa Melayu itu memberitahu pada masa kejadian beliau tidak perasan ada SJR dan hanya menyedari setelah hampir sebelum bertindak memberhentikan secara mengejut bagi mengelakkan terlanggar kenderaan di hadapan.

Katanya, pemandu juga memberi alasan atas sebab faktor cuaca dan gugup kerana tidak pernah melalui sekatan jalanraya, punca dia gagal berhenti.

“Ketika anggota sedang membuat pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan Toyota Alphard, sebuah Mercedes telah menghampiri lokasi sekatan jalan raya.

“Oleh kerana terdapat kenderaan yang sedang diperiksa di hadapannya, pemandu Mercedes telah memperlahankan kenderaan dan membrek bagi mengelakkan pelanggaran sebelum meneruskan pergerakan melepasi kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Tambahnya, pemandu terbabi kemudian memberhentikan kenderaannya seketika di hadapan SJR kemudiannya meneruskan perjalanan selepas tersalah tafsir isyarat anggota trafik yang menghampiri kenderaannya.

“Pemandu menyangka lambaian anggota adalah isyarat untuk meneruskan perjalanan, sedangkan isyarat tersebut sebenarnya bertujuan mengarahkannya berhenti di bahu jalan bagi tujuan pemeriksaan,” tambahnya.

Hasil tindakan segera, JSPT Kuala Lumpur berjaya mengesan pemandu bersama pemilik kenderaan yang kemudiannya hadir ke Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee pada jam lebih kurang 1.30 pagi hari yang sama bagi membantu siasatan.

“Pemandu bersama pemilik kenderaan merupakan ibu kepada pemandu turut hadir bagi membantu siasatan.

“Pemeriksaan menyeluruh ke atas kenderaan mendapati tiada sebarang barangan menyalahi undang-undang atau kesan kemalangan ditemui,” katanya.

Pemandu tersebut telah ditahan polis kira-kira jam 6.30 petang hari ini, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 26(1) Akta Polis 1967 kerana ingkar arahan sah yang diberikan oleh anggota polis semasa menjalankan SJR dan Ujian Saringan Pernafasan Alkohol ujian adalah negatif.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img