Isham Jalil sah  jadi ahli seumur hidup Pas

BEKAS Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil disahkan menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup.

Melalui Facebook,Ketua Pemuda Pas Selangor Mohamed Sukri Omar berkata, Isham  memaklumkan telah mengisi borang keahlian Pas serta mendaftar sebagai Ahli Pas seumur hidup.

‘’Saya sebagai pencadang dan  Datuk Seri Takiyuddin Haji Hassan (Setiausaha Agung PAS) sebagai penyokong.  Keputusan Isham lahir daripada keyakinan beliau untuk memilih PAS sebagai wadah siasah dalam memperjuangkan serta mempertahankan agama, bangsa dan negara,’’ katanya.

Mohamed Sukri berkata,  sesungguhnya, perjuangan Pas sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja yang ikhlas ingin berbakti.

‘’ Kita tidak membina perjuangan atas dasar kepentingan peribadi, tetapi atas dasar akidah, prinsip dan tanggungjawab untuk memimpin masyarakat dengan nilai-nilai Islam,’ katanya.

Beliau mengucapkan Selamat Datang ke Keluarga Besar Pas kepada Isham dan mendoakkan Allah SWT mengurniakan kekuatan, keikhlasan dan istiqamah kepada Isham serta kepada seluruh anggota Pasuntuk terus memikul amanah perjuangan, mempertahankan Islam, memperkukuh perpaduan ummah dan membina masa depan Malaysia yang lebih sejahtera.

‘’Perjuangan ini tidak diukur dengan siapa yang datang paling awal, tetapi dengan siapa yang tetap istiqamah hingga ke akhirnya,’’ katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img