PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat yang diberikan rakyat Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berharap amanah itu dipikul dengan sebaik-baiknya demi kepentingan negeri dan rakyat.
Katanya, Kerajaan Persekutuan juga kekal komited memastikan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat Johor terus diperkasa dan ditambahbaik.
‘’Pilihan raya dan pesta demokrasi telah pun melabuhkan tirainya. Kini adalah masa untuk kita melangkah ke depan, mengutamakan khidmat dan amanah kepada rakyat dan bersama-sama membina sebuah Johor yang lebih makmur dan maju, ‘’ katanya dalam kenyataan di Facebook.

BN mencapai kejayaan besar dalam PRN apabila memenangi 48 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan manakala PH hanya memenangi lapan kerusia iaitu melalui DAP (6), PKR (1) dan Amanah (1).
Anwar turut melahirkan penghargaan kepada seluruh pengundi dan rakyat Johor yang telah menunaikan tanggungjawab termasuk kepada jentera yang bekerja keras dan berusaha seupayanya.
‘’Tekad kami jelas, semua calon HARAPAN, tidak mira yang menang mahupun tewas, diminta untuk meneruskan khidmat membawa suara rakyat,’’ katanya.
.






