Calon BN Johor Jaya puas hati rampas semula kerusi DUN dikuasai PH lebih sedekad

CALON Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya, Chan San San berjaya merampas kerusi berkenaan daripada Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 selepas tempoh lebih sedekad.

Berdasarkan keputusan rasmi, San San mencatat undi 35,971 mendahului calon Pakatan Harapan (PH) Lee Wern Yiing yang mencatat undi 28,703.

San San memperoleh majoriti 7,268 undi sekali gus membuktikan kawasan itu bukan lagi kubu DAP.

Sebelum ini, mantan ADUN Johor Jaya, Liow Cai Tung dari PH berkhidmat selama tiga penggal bagi kawasan itu sejak menang pada PRU ke-13, PRU ke-14, dan PRN Johor 2022 dengan majoriti 1,922 undi.

San San berkata, beliau berterima kasih kepada semua pengundi yang memberi kepercayaan kepadanya.

“Ini adalah kejutan manis bagi saya, saya akan melakukan terbaik bagi pengundi dan negeri Johor,” katanya.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img