Dianggap calon caca marba, ‘kitar semula’ tapi terbukti berbisa…ini kisah mereka

MASIHKAH kita ingat, pada 27 Jun lalu, bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr.Puad Zarkashi mempersoalkan  keputusan UMNO  menampilkan apa yang beliau sifatkan calon cara marba dan kitar semula dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Kenapa letak calon-calon recycle seperti Dato Halim di Tiram (kalah 2018/64 tahun), Dr Adham Baba (digugurkan PRU 15/64 tahun), Samsolbari Jamali (6 penggal/65 tahun), Alwiyah Talib (65 tahun/2 penggal Adun Bersatu/baru sebulan masuk UMNO terus jadi calon), Azhar Ibrahim (Kalah 2018/Haslinda exco Wanita baru sepenggal digugurkan). Zaidi Jaafar (kalah 2018). Dan Youzaimi Yusof (kalah 2022),’’ katanya  dalam kenyataan disiarkan portal Malaysiakini.

Bagaimanapun kebimbangan  tidak bertempat Puad bahawa calon-calon itu gagal memenuhi tuntutan generasi baru BN  ternyata meleset apabila keputusan PRN diumumkan semalam.

Kesemua mereka iaitu Datuk Abdul Halim Suleiman, Datuk Seri Dr Adham Baba, Datuk Samsolbari Jamali, Alwiyah Talib, Azhar Ibrahim, Zaidi Japar dan Youzaimi Yusof menang cemerlang.

DR ADHAM,63  yang bertanding DUN Pasir Raja menang dengan majoriti 12,446 undi. Beliau yang mendapat 15,931 undi mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) Mohd Fakharuddin Moslim yang mendapat 3,485 undi dan calon Perikatan Nasional (PN) Yuhanita Yunan (1,853 undi) .

Dr. Adham bukan calon baharu di kawasan itu. Beliau pernah menjadi ADUN Pasir Raja selama dua penggal (2008–2018) dan Ahli Parlimen Tenggara selama dua penggal (2004–2008 dan 2018–2022).

Walaupun tidak menjadi calon pada 2022 namun Dr.Adham tidak merajuk sebaliknya terus berjuang bersama parti.

ALWIYAH TALIB  yang berusia 64 tahun terus menunjukkan kehebatan apabila menang buat penggal ketiga di DUN Endau atas tiket BN dengan majoriti  3,545 undi. Pada PRU 2018 ketika bersama BN, beliau menang dengan majoriti 3,080 undi dan diikuti pada tahun 2022 mewakli Bersatu dengan majoriti 3,042 undi.

Beliau bagaimana mengumumkan keluar dari Bersatu dan kembali menyertai UMNO sebelum PRN Johor 2026 dijalankan.

Datuk Abdul Halim Suleiman

DATUK ABDUL HALIM SULEIMAN, 63 tahun menang di kerusi DUN Tiram pada PRN kali ini dengan majoriti 28,255 seleps memperoleh  49,965 undi bagi mengalahkan Nor Zulaila Abd Ghani (PH- 21,710 undi), Ustaz Khir (PN-9,225 undi) dan Dr Harith Fakhrudin (Bersama-2,229 undi).

Beliau pernah menjadi ADUN Puteri Wangsa selama dua penggal iaitu 2004–2008 dan 2008–2013.

Datuk Samsolbari Jamali

DATUK SAMSOLBARI JAMALI – Walaupun menjadi ADUN Semarang sejak 2004 hingga kini, namun ‘bisa otai’ berusia 66 tahun ini tidak pernah  luntur apabila sekali lagi menangi kerusi tersebut semalam dengan majoriti 14,679 undi.

Beliau yang mendapat 17, 343 undi menewaskan dua lagi calon iaitu Ramli Abd Hamid daripada PH yang memperoleh 2,205 undi dan Syafiq Aziz (PN- 2,696 undi)

Majoriti undi yang diperolehi oleh Samsolbari jauh mengatasi pencapaian sebelum iaitu 2004 (7,826 undi), 2008 (7,314 undi), 2013 (8,073 undi), 2018 (5,042 undi) dan 2022 (5,846 undi).

MOHD AZHAR IBRAHIM – Walaupun pernah kalah pada 2018 di DUN Tenang yang beliau kuasai pada pilihan raya kecil (PRK) 2011 dan PRU 2013 serta selepas itu tidak dicalonkan pada 2022 namun Mohd Azhar tidak berkecil hati, apatah lagi mahu mensabotaj parti.

Justeru apabila beliau dicalonkan semula di DUN pada PRN kali ini, Mohd Azhar membalas kepercayaan itu dengan memastikan kemenangan BN apabila memperolehi 8,199 undi untuk menewaskan tiga calon lain dengan majoriti 3,394 undi.

Tiga calon iaitu Calon PH, Elia Nadira Sabidin yang mendapat 4,805 undi, Cikgu Normala Sudirman (PN- 1,412 undi) dan Siti Aisyah Zobir  (Bebas-164 undi)

ZAIDI JAPAR pula mencatatkan kejayaan cemerlang di DUN Rengit yang sebelum ini disandang oleh Dr.Puad apabila memperolehi majoriti undi 10,817 undi.

Pada 2022 Dr Puad memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,920 undi.

Zaidi yang mendapat 14,826 undi menewaskan dua calon lain iaitu Mohd Yazid Bakri daripada PH yang memperoleh 4,009 undi dan Calon PN Syed Mohamad Syed Alwi (1,739 undi).

MOHD YOUZAIMI YUSOF turut cemerlang di DUN Tenggaroh apabila memenangi kerusi itu dengan 15,258 undi. Beliau menewaskan Md Yusof Dawam (PH) dan Muhamad Amerul Muhamad (PN).

Beliau mendapat 19,170 undi berbanding Md Yusof (2,623 undi ) dan Muhamad Amerul (3,912 undi).

Walaupun pernah kalah di DUN Endau kepada Alwiyah Talib yang ketika itu mewakili Bersatu namun Mohd Youzaimi tidak pernah patah semangat untuk terus berjuang.

Ketujuh-tujuh mereka ini membuktikan dalam perjuangan apa yang penting ialah semangat tidak putus asa apabila kalah, tidak kecewa apabila tidak menjadi calon dan sentiasa memberi khidmat terbaik apabila dipilih menjadi wakil rakyat.

Tiga elemen inilah yang memungkinkan mereka mencapai kejayaan cemerlang dalam PRN Johor 2026 biarpun dianggap calon kitar semula atau calon pernah kalah.

Benarlah ‘ada sesuatu tidak kena’ terhadap senarai calon BN jika melihat prestasi mengagumkan ketujuh-tujuh ini…dianggap caca marba dan ‘kitar semula’ tetapi berbisa… Betul tak? Tahniah YB-YB..



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img