Pola sokongan terhadap PH di Johor masih kekal, kata Anthony Loke

POLA sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH) di Johor masih kekal, walaupun hanya mampu memenangi enam kerusi dengan majoriti melebihi 50%.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, ia membuktikan PH dan DAP terus mempunyai asas sokongan kukuh di kawasan bandar.

Katanya, pertandingan satu lawan satu memanfaatkan Barisan Nasional (BN), khasnya dengan Pas memberi sokongan kepada calon gabungan yang diterajui UMNO  itu.

“Sudah tentu keputusan di Johor ini mengecewakan PH. Namun, setiap hari adalah permulaan baharu. Kami menghormati keputusan rakyat Johor kerana itulah hak mereka dalam sistem demokrasi,’’ katanya lapor Bernama.

Dalam PRN di Johor semalam, BN mencapai kejayaan cemerlang apabila memenangi 48 daripada 56 kerusi dipertandingkan manakala PH menang lapan kerusi termasuk enam milik DAP

Beliau turut menegaskan, kemenangan besar BN di Johor tidak akan menjejaskan PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos nanti.

ADUN Chennah itu berkata, keputusan PRN Johor tidak boleh dijadikan ukuran mutlak kerana setiap negeri mempunyai landskap politik, isu dan dinamik politik berbeza.

“Dinamik politik di Negeri Sembilan berbeza kerana PH ialah penyandang kerajaan negeri. Fokus kami untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi dan mendapatkan semula mandat rakyat bagi terus membentuk kerajaan negeri.

“Pada PRN Negeri Sembilan lepas, PH memenangi 17 kerusi, manakala BN memenangi 14 kerusi. Justeru, kami masih mempunyai asas yang kukuh untuk mempertahankan kerusi sedia ada,” katanya.

BN dan PH dijangka bertanding solo pada PRN Negeri Sembilan 1 Ogos nanti untuk merebut 36 kerusi.

Pada PRN 2023, kedua-dua gabungan itu bertanding sebagai sekutu dengan PH memenangi 17 kerusi dan BN 14 kerusi. Perikatan Nasional memenangi baki lima kerusi, dengan Pas menang tiga kerusi dan Bersatu dua kerusi.

PRN itu diadakan beberapa bulan selepas BN menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun pada April lalu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img