KETUA DAP Johor, Teo Nie Ching berkata, sokongan Perikatan Nasional (PN) di Perling dan Johor Jaya telah membantu Barisan Nasional (BN) merampas dua kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam.
Katanya, calon DAP yang bertanding di kedua-dua kerusi itu sebenarnya memperoleh jumlah undi lebih tinggi berbanding PRN 2022, namun tetap tewas berikutan pemindahan undi PN kepada BN, lapor FMT.
Dalam PRN itu, Calon BN dari MCA Chan San San mememangi kerusi Johor Jaya selepas mendapat majoriti 7,268 undi untuk menggalahkan persaing terdekatnya daripada Pakatan Harapan (DAP) Lew Wern Yiing.
San San mendapat 35,971 undi manakala Wern Yiing memperolehi 28, 703 undi.
Pada 2022, DAP memenangi Johor Jaya dengan majoriti 1,922 undi mengatasi calon MCA, manakala PN muncul di tempat ketiga dengan memperoleh 8,307 undi.
Begitu juga di kerusi Perling, DAP menang pada 2022 dengan majoriti 3,347 undi mengatasi calon MCA, namun PN memperoleh jumlah undi yang besar iaitu 8,829 undi.
“Kita akan meneliti faktor lain yang menyebabkan kekalahan DAP di Jementah, Tangkak dan kawasan lain, selain mengambil iktibar daripada keputusan ini serta memperbaiki kelemahan kita.
“DAP menerima keputusan ini dengan rendah hati dan menghormati keputusan rakyat Johor… Keputusan ini memberi mesej jelas kepada kami untuk melakukan yang lebih baik,” kata Ahli Parlimen Kulai itu dalam satu kenyataan.






