Bau busuk bongkar penemuan mayat wanita selepas 6 hari

MISTERI bau busuk yang semakin kuat dihidu penghuni Flat UDA Ampangan, Seremban akhirnya terjawab apabila seorang wanita ditemukan meninggal dunia di dalam rumahnya, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.39 petang, penduduk yang curiga dengan bau tersebut menghubungi polis sebelum sepasukan pegawai dan anggota bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikerahkan ke lokasi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Yatim Osman berkata, pintu rumah mangsa terpaksa dibuka dengan bantuan anggota bomba bagi membolehkan pemeriksaan dijalankan.

Katanya, sebaik pintu dibuka, mayat seorang wanita tempatan berusia 40 tahun ditemukan dalam keadaan sudah reput dan dipercayai telah meninggal dunia kira-kira enam hari sebelum ditemukan.

“Hasil pemeriksaan di lokasi tidak menemukan sebarang tanda pergelutan, unsur jenayah mahupun kesan pecah masuk.

“Siasatan awal juga mendapati mangsa tinggal bersendirian selain mempunyai sejarah beberapa masalah kesihatan,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR) dan siasatan diteruskan sementara menunggu keputusan bedah siasat.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img