Warga emas parah, penunggang motosikal mabuk ditahan

SEORANG lelaki ditahan selepas disyaki menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol sehingga terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan seorang warga emas cedera parah di Jalan Kuala Pilah-Tampin berhampiran simpang Matrikulasi, Kuala Pilah, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu membabitkan dua buah motosikal.

Menurutnya, siasatan awal mendapati seorang lelaki berusia 74 tahun yang menunggang motosikal dari arah Kuala Pilah dipercayai membelok secara mengejut ke simpang di sebelah kanan jalan.

“Pada masa sama, sebuah lagi motosikal yang datang dari arah Selaru menghala ke Pekan Kuala Pilah tidak sempat mengelak sebelum melanggar bahagian sisi kanan motosikal berkenaan.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang berusia 74 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati penunggang sebuah lagi motosikal, lelaki warga tempatan berusia 53 tahun, disyaki menunggang dalam keadaan mabuk ketika kejadian.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img